Pages

Senin, 16 Desember 2013

Anak muda perlu serius terjun dalam masyarakat

0 komentar


Harakahdaily 

Salmiyah Harun, 20 Okt 2013
PETALING JAYA: Penglibatan wanita muda secara khusus dalam masyarakat masih rendah terutama perlibatan diri secara sukarela yang menuntut kepada kesedaran dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk bersama.

Menurut Ketua Ameerah Malaysia Dewan Muslimat PAS Pusat Fareedah Samad berkata, anak muda hari ini harus lebih serius untuk mengambil tempat dalam masyarakat melalui agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tambahnya, penglibatan melalui agensi ini merupakan permulaan yang terbaik untuk terjun ke dalam masyarakat sebagai tanggungjawab dan bukannya satu bebenan.

"Jika dahulu kita dapat lihat anak muda seawal usia dua puluhan telah cukup bersemangat melaungkan ucapan keramat dan bersungguh-sungguh membela anak bangsa.

"Kesedaran ini kerana mereka sendiri melihat dan merasa segala perit jerih anak pertiwi menongkah badai kemelut kehidupan," katanya ketika memberi ucapan aluan dalam majlis Hi-Tea Ameerah Fan Club di sini semalam.

Malangnya kata beliau, sebahagian anak muda hari ini lebih cenderung terlibat dengan budaya nagatif sehingga menggelapkan peranan besar mereka dalam proses pembinaan dan kepimpinan negara.

Apatah lagi katanya, terjebak dalam dunia yang nembantutkan perkembangan minda muda yang masih segar, merosakkan jiwa dan melemahkan jasad yang  sepatutnya dimanfaatkan untuk rakyat dan negara.

Kelompangan golongan muda yang gagal mempersiapkan diri sebagai pelapis kepimpinan negara, bagi Fareedah ia dilihat akan menjadi barah yang membawa kepada krisis kepimpinan negara yang berkualiti.

Justeru katanya, pendidikan politik dan kecintaan kepada negara akan langkap melalui penglibatan generasi ini di dalam kelompok masyarakat secara optima.

Leave a Reply